Assalam,
ok, neh first review produk pasaran yg aku guna. Produk yang paling aku suka sekali dan memang multifuction and purpose sungguh!
Aku beli barang neh dalam 2 tahun yg lalu. Aku cuba untuk anak aku yg ada ekzema. Paling best, aku beli satu kotak(aku jadi agenla tuh) coz malas nak beli berkali2. Yup, main purpose aku jadik agen sebab utk kegunaan sendiri. Nampak? betapa tertariknya aku ngan produk ini.
Jadi, mari aku kabarkn bagaimana aku gunakan produk ini dalam kehidupan seharian aku. Sebelum itu, ini serba sedikit maklumat tentang Tabloq:
Tabloq(bedak warisan tradisi asli) diperbuat 100% dari tanah liat putih. Produk ini telah mendapat kelulusan daripada SIRIM QAS INTERNATIONAL 2011KL0823.
Ia mempunyai kandungan mineral semulajadi yang baik utk kulit kita, terutama sekali bagi mereka yg mempunyai kulit sensitif atau bermasalah. Disebabkan ia adalah bahan asli yang bebas kimia, Tabloq boleh digunakan oleh semua peringkat umur dan dijamin tidak mendatangkan sebarang mudarat dengan penggunaan yang betul dan bersesuaian dengan kulit.
Antara senarai kegunaan Tabloq:
- bertayyammum
- merawat gastrik
- bedak sejuk untuk muka dan badan
- pencuci muka atau scrub
- bedak
- merawat ruam (untuk bayi dan dewasa)
- merawat jerawat
- menghilangkan parut dll
Pergh, best x ayat aku atur? (peghasan!) Malangnya satu perkara yang aku masih tidak pakar adalah menjadi peniaga yang bijak memasarkan produk. huhuhu malang... malang! So, lebih kurang aku neh agen yang takat pada nama, kalu ada orang nak aku jual la. Bila la aku dpt upgrade hidup kan macam tuh... (tau xpa)
Berbalik pada penggunaan harianku dan anak aku. Anak aku neh ada penyakit kulit- ekzema. So, memang terukla masa dia kecik. Cian dia ruam sana sini, bernanah, berkupang di kepala(neh sebelum aku jumpa encek Tabloq neh), zaman tuh aku masih naif macam hidup zaman batu. Asal dapat ubat utk sembuhkn anak kira Alhamdulillah. Menyesal jugak, banyak steroid di badan anakku ku sapu, x pandai ilang2 kan... then kuar balik. ok, tuh cerita len plak.
So, bila dia umur lebih kurang 2 tahun lebih, aku terjumpa la Tabloq neh. Masa neh, aku baru berjinak-jinak memahami apa itu penyakit ekzema dan cara terbaik untuk hilangkannya. Masa tuh, aku pakai di seluruh badan dia- since Tabloq neh menyejukkn kan. Lepas dia men penuh perasaan ngan sepupunya, aku bg mandi then sapu. trus dia tidur dengan amannya tanpa mengaru kegatalan. Ada masa aku sapu di tempat masalah kulit tuh, then bg 5 minit baru aku basuh. begitulah rutinnya.
Bila dia besar sket, jarang uda dia pakai. Kalu dia ada ruam dan gatal yg berulang kali, aku sapu juga, tp x banyak dan kena ikut masa. Sebab kalu lebih lama atau tidak dibersihkan dengan baik, luka gatal akan bertambah teruk tau(pengalaman neh). Kalu ruam, ok memang cepat settle kalu sapu Tabloq. Yang pasti, kekadang aku ada ruam jugak (penyakit keturunan apaaa??), so memang Tabloqla jawapannya.
Pastu, aku la pulak yg memakai. Slalu aku pakai kalu aku terasa muka aku berminyak sangat (zaman remajaku, muka berminyak tau, dah tua2 mcm neh jadi muka combination pulakkk), compom sok paginya muka x berminyak sangat. bersih dan mulus ja. cewahhhh Memang x boleh tinggal Tabloq, lagi2 aku yang nomad neh- jalan, merayau ke sana, sini. Benda neh mesti ada dlm list, siap bawak extra. Jadi neh kegunaan Tabloq pada aku:
- bedak sejuk= kalu aku malas mo sapu pelembap time malam, aku sapu tabloq ja.
- bedak= aku siap wat sindri bedak muka pakai neh. karang nanti mo wat bedak krim sendiri pakai neh jugakla.
- deodoran= part neh paling penting. Jimat berabes dan ketiak tidak busuk. SUMPAH! memang tidak berpaling lagi. Aku pakai Tabloq jadi deodoran aku.
- neh kalu mo scrub, macam biasa, ada encek Tabloq.
- ada jerawat? apa lagi sapu sajaaaa.... kejap ja kecut. Aku pernah masa jadik guru ganti, tiba2 ada pulak macam ketumbit di mataku. Punya bidak... jadi dengan secepat kilat aku sapu Tabloq yg pekat2 sket di tempat tuh. Mau 3 hari jugakla aku sapu ja. Yang best, memang sakit lagi tapi ia x membesar dan merah membengkak. pas 3 hari baru surut. Bagi aku, oklaaa. Kalu korang mo yg 1 hari uda surut, p wat magik sendiri. hahahaahha
Serius, aku memang sarankan untuk famili & kawan2 kalu ada masalah. Untuk kaedah rawatan alternatif kan... manatau berkesan. Ngam dengan kulit dorang kan. Alhamdulillah laaa.
Most people tidak paham, kenapa masalah kulit kering tambah kering pakai Tabloq neh. Mengikut kefahaman aku yang pakai Tabloq neh, Tabloq memang mengeringkan kulit. Sebab itu aku cakap kena ikut masa dan alert berapa banyak kita sapu- tebal atau nipis. Tolong jangan membedalkan encek Tabloq ikut suka, dalam semua hal pun mesti ada cara dan peraturannya sendiri kan...
Jadi, jangan lupa, kena alert tentang masa dan penggunaan encek Tabloq neh.
So far, itu sajalah rebiu aku tentang encek Tabloq yang aku pakai neh.
Ini ia punya link untuk tau lebih detail:
1. Website: http://bedaksejuk.tabloq.com/
2. FB: www.facebook.com/tabloq
*Akhir kata, barang baik kena kongsi, supaya kita dapat manfaatnya bersama-sama.
sekian, terima kasih.

No comments:
Post a Comment