Assalam,
Sebelum ini begitu banyak blog yang pernah ku buat, ada yang banyak entri, ada yang tajuk sahaja, ada yang page sahaja, ada yang langsung tiada isi. Itu, sebelum ini!
Tahun ini (ikut tahun Hijrah ya) aku seolah mendapat semangat baru untuk bangkit dari kegelapanku. Jika dihitung hampir 4 tahun lebih aku bersembunyi dari diriku sendiri, dari orang lain kerana atas apa yang pernah berlaku. Minta maaf untuk diriku, aku lemah dan sukar untuk bergerak ke hadapan.
In shaa Allah, tahun ini aku cuba kerana aku harus cuba demi mereka yang ku sayangi, meskipun mereka pasti kurang mengerti siapa diriku yang sebenar. Aku sayangkan mereka sangat-sangat dan bersyukur kepada Ilahi kerana merekalah yang sentiasa ada di sisi ku biar apapun yang berlaku.
Blog ku ini, kebanyakan tajuknya akan berbahasa Inggeris tetapi isinya berbahasa melayu. Ataupun, sebaliknya.
Blogku ini juga, mempunyai beberapa halaman (page) yang ku asingkan untuk membezakan tajuk dan isi. Di halaman ini, kebanyakan entri yang akan masuk lebih kepada kehidupan harianku dan isu-isu yang aku rasa aku mahu tulis.
Dengan ini aku mulakan dengan Bismillah untuk membuka blog baruku ini. Dengan izin-Nya, mudah-mudahan blog ku ini dan diriku ini akan terus maju berkembang dan tidak menimbulkan sebarang kontroversi.
No comments:
Post a Comment